Insomnia





Insomnia. Often described as a difficulty of getting asleep. Sejak kebelakangan ni, aku dh susah sgt nk masuk tido. Pkul 3 pagi pn blum tentu mata aku akan lelap. Tiap-tiap hari camni, tak baik jugak untuk kesihatan. Muka pun layu. Solat subuh pun tertinggal. Bangun lewat tengah hari. Memang hidup tak seceria dulu. Dulu, aku masih berpeluang nk dgr burung2 berkicauan pada pagi hari. Haha aduhh gramatis pulak!! Bila dh baring tu, banyak pulak benda nk pikir dalam kepala otak ni. Pkir itu, pkir ini. 


Sekarang ni, bangun lewat, tido pun lewat. Memang tak produktif langsung. So, aku ikhtiar la nk cari jalan penyelesaian utk masalah tidor atau Insomnia ni. 


So, ini la antara kaedah-kaedah yg basic utk mengatasi Insomnia yg aku jumpa kt internet. Here goes :

  • Arrange your sleeping schedule.

  • Tenangkn diri. Relax dan kosongkn pikiran drpd stress. 

  • Pastikan bilik tidur kemas, bersih dan nyaman. Everyone loves a fresh environment.

  • For some natural oxygen supply, have a small fragrant plant in your bedroom.

  • Don't look at the clock. Never. This will raise your sleep anxiety . Nanti nk tido pun jadi nervous. So jgn taksub sgt tgk jam tu.

  • Spray some air freshener to your bed and pillows or around your bedroom. Nice smell will pleasant your nostrils.

  • Lelapkan mata sambil tarik nafas panjang2 secara perlahan-lahan. This will help you to relax.












Bagi orang Muslim, mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W adalah yg terbaik dan amat digalakkan dlm agama Islam. Antara persiapan Rasulullah S.A.W. sebelum tidur adalah :




  • Mengibaskan permukaan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan.

  • Part yg nk menyapu badan tu, dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangan sebanyak tiga kali.

  • Kemudian, baca lah doa seperti berikut "Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku."

  • Seterusnya, baca lah ayat Qursi dgn lidah ataupun dalam hati. Banyak keberkatan yg kita boleh perolehi menerusi amalan ini. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh. Manakala sebuah lagi hadis, Hadis daripada Jabir menyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud; "Sesungguhnya apabila seseorang hendak tidur bersainglah malaikat dan syaitan. Malaikat berdoa; Ya Allah, akhiri orang ini dengan kebaikan. Sedangkan syaitan berdoa; Akhiri orang ini dengan kejahatan. Jikalau orang ini berzikir mengingati Allah, kemudian tidur, maka bermalamlah malaikat menjaganya." 

  • Jangan terus berjaga padahal mata terasa mengantuk, biarpun ada urusan yang masih belum disempurnakan. Tidur lah dalam keadaan yg tenang, suci, berwuduk dan tidak dalam keadaan junub.

  • Perbanyakkan lah istighfar , sekurang-kurangnya tiga kali di tempat tidur anda. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yg beristighfar di tempat pembaringan/tempat tidur biarpun dosa seseorang itu sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.





   Demikian lah cara-cara untuk mengatasi masalah tidur atau Insomnia. I hope that you guys will find my tips useful and if there's any further problem occur, it is wise to consult your doctor. BTW, aku bkn nya orang yg tinggi ilmu agama sgt...namun, aku percaya yg Allah S.W.T. akan memberkati amalan2 yg baik. Insyaallah. Moga2 kita semua mendapat keberkatan di dunia dan juga di akhirat. So, kalau ada pape persoalan yg lebih lanjut, rujuk lah orang2 yg alim dan lebih mengetahui. 


Assalammualaikum . Peace. :)

April 07, 2011

Post a Comment

Powered by Blogger.